Monthly Archives: October 2010

Pemilihan Pimpinan Pusat Cabang Kemaman Berjalan Lancar

1) Pemilihan Pimpinan Pusat bagi cabang Kemaman telah diadakan pada 23 Oktober 2010, seperti yang ditetapkan sekretariat pusat. Pemilihan diadakan di Restoran Bangkok Kitchen setelah mengambil kira beberapa faktor seperti keluasan dan kelicinan perjalanan.

2) Alhamdulillah, seramai 79 orang anggota datang mengundi. Jumlah ini boleh dikira rendah berbanding dengan semasa MATC, yang mana jumlah kehadiran mencecah 200 orang. Walau bagaimana pun, jumlah 79 orang adalah kehadiran tertinggi di negeri Terengganu.

3) Cabang Kemaman juga telah memutuskan untuk tidak menghadkan peluang berkempen dengan mengambil pendirian tidak mempunyai barisan yang disokong rasmi oleh cabang. Semua yang bertanding dan penyokong masing-masing diberikan kebebasan untuk berkempen semasa hari pengundian.

4) Ini untuk mengangkat semangat demokrasi dan mengelakkan tuduhan berat sebelah oleh mana-mana calon MPP yang bertanding.

5) Alhamdulillah, proses pengundian berjalan dengan baik dan berakhir pada jam 4 petang. Cabang juga telah menyediakan makan tengahari dan minuman ringan kepada anggota yang datang mengundi untuk mengambil peluang mengeratkan silaturrahim sesama anggota.

 

Gambar-gambar sekitar pemilihan boleh dilihat di sini.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Aktiviti Cabang

Terima Kasih Kepada JK Cabang Sessi Lepas

Assalamualaikum wbth dan salam sejahtera, salam reformasi,

Mewakili seluruh JK Cabang, JK AMK dan JK Wanita KEADILAN Cabang Kemaman bagi sessi 2010 – 2013, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan kepimpinan cabang yang lepas, diketuai Hj Abdul Rahman Yusuf.

Proses pemilihan di peringkat cabang berjalan dengan baik, dengan kehadiran mencecah angka 25% dari jumlah keahlian. Ini satu pencapaian yang membanggakan bagi Cabang Kemaman kerana ia setanding dengan purata kehadiran di peringkat nasional, di samping terus menjadi cabang yang paling aktif di Terengganu.

Kelancaran proses pemilihan dan Mesyuarat Agong Tahunan Cabang (MATC) yang lepas juga adalah berkat usaha JK Cabang sessi lalu, yang memastikan semua persediaan dibuat dengan rapi.

Insya Allah, peralihan yang lancar kepada muka-muka baru di Cabang Kemaman akan meneruskan usaha baik JK yang lalu untuk membina kekuatan KEADILAN sebagai persediaan menghadapi PRU13 bagi kerusi Parlimen Kemaman.

Saya memohon mandat dan kerjasama semua teman-teman di cabang untuk memberikan sokongan bagi melaksanakan pelbagai program dan perancangan yang disusun setakat ini.

Berkat rakyat dan usaha aktivis parti, Insya Allah Cabang Kemaman akan terus membina kekuatan.

Sekian, wassalam.

MOHD RAFIZI RAMLI

Ketua Cabang, 2010 – 2013

Leave a comment

Filed under Kenyataan Media

Blog Cabang

1) Alhamdulillah blog baru cabang yang dihostkan oleh WordPress.com berjaya dilancarkan.

2) Insya Allah, Cabang Kemaman akan mula menyiarkan berita, isu dan permasalahan rakyat melalui blog ini, jadi kami mengalu-alukan semua penduduk Kemaman dan mereka yang cintakan Kemaman (termasuk pencinta kopi Hai Peng di seluruh Malaysia) untuk mendaftarkan e-mel, untuk menerima kemasan terkini dan berita dari semasa ke semasa.

3) Selain berita dan pengumuman aktiviti parti, blog ini juga akan menjurus kepada mengenengahkan isu-isu setempat dan berita penyelewengan yang wajar diketahui oleh penduduk Kemaman.

4) Harapan kami, blog ini akan terus segar dan subur sehingga dekad akan datang, menjadi lambang sentimentaliti rakyat Kemaman dengan KEADILAN sejak 1999 lagi.

Leave a comment

Filed under Aktiviti Cabang