Monthly Archives: February 2011

Ceramah Kelompok

Cabang Kemaman mengambil pendekatan mengimbangi di antara ceramah umum dan ceramah kelompok, terutamanya di kawasan-kawasan yang sukar ditembusi. Situasi di Terengganu agak unik kerana BN menggunakan sumbangan wang ehsan sebagai senjata untuk menakut-nakutkan rakyat – mereka yang dipantau hadir ke program-program Pakatan Rakyat akan dihukum dan tidak diberikan wang ehsan berjumlah RM300 setahun.

Oleh itu, tumpuan perlu juga diberikan kepada kempen yang lebih senyap masuk ke kampung dan kedai kopi untuk berjumpa dengan orang ramai.

Setakat ini, alhamdulillah ceramah kelompok telah berjaya diadakan di kawasan-kawasan berikut:

Kijal

Kemasek

Chukai

Padang Kubu

Mulai April, tumpuan juga akan diberikan untuk memasuki kawasan-kawasan di dalam DUN Air Putih.

Leave a comment

Filed under Ceramah