Monthly Archives: June 2011

Taklimat Kepada Jentera PAS Chukai: “Anwar Ibrahim Ke Penjara Atau Putrajaya?”

Ketua Cabang Kemaman sempat memberi taklimat mengenai strategi pilihanraya Pakatan Rakyat dan perkembangan terkini Dato’ Seri Anwar Ibrahim kepada kira-kira 200 orang jentera pilihanraya DUN Chukai pada 23 Jun 2011.

 

 

Leave a comment

Filed under Ceramah

Ceramah Perdana: Penjelasan Fitnah Video oleh Dato’ Johari Abdul

Leave a comment

Filed under Ceramah

Konvensyen Pilihanraya KEADILAN 2011

Insya Allah Cabang Kemaman akan menghantar 6 kereta dan 24 orang untuk mewakili Cabang di Konvensyen Pilihanraya KEADILAN bertempat di Shah Alam.

Rombongan akan bertolak awal pagi Ahad dari Kemaman untuk menyertai ribuan aktivis KEADILAN dari seluruh Malaysia mendengar amanat siapsiaga pilihanraya.

Leave a comment

Filed under Aktiviti Cabang

Latihan PACA Kumpulan Pertama 2011

Alhamdulillah latihan PACA bagi kumpulan pertama seramai 30 orang berjaya diadakan di Markas PKR Kemasek. Sebahagian besar peserta adalah anak muda dan beberapa anggota baru yang berkobar-kobar ingin memastikan kita berjaya hentikan tipu helah BN kali ini.

Ketua Cabang sendiri yang mengendalikan kursus berdasarkan pengalaman beliau sebagai Pengarah Bilik Gerakan Utama (BGU) Pilihanraya Sarawak baru-baru ini.

Cabang Kemaman merancang untuk melatih tiga kumpulan PACA menjelang Oktober ini, supaya berjaya menyumbangkan 100 orang PACA terlatih dalam PRU13 untuk bergabung dengan PACA dari PAS bagi kawasan Kemaman.

Dua kumpulan lagi akan dilatih dalam bulan Julai dan September. Kemuncak latihan adalah satu raptai PACA supaya PACA mendapat latihan praktikal menjelang PRU13.

Ketua Cabang menegaskan bahawa kemenangan kali ini akan ditentukan oleh kecekapan PACA kerana BN akan menggunakan segala tipu helah untuk kekal berkuasa.

Terima kasih kepada semua AJK Cabang Kemaman yang berusaha mendapatkan PACA-PACA baru menjelang PRU13.

Leave a comment

Filed under Aktiviti Cabang

Ceramah Kelompok: Kg Dadong

Alhamdulillah berjaya mengendalikan ceramah kelompok di Kampung Dadong, DUN Air Putih.

Kg Dadong adalah salah sebuah tempat yang masih dikira pedalaman, malah ada penduduknya masih mengusahakan sawah padi. Suasana desa yang cukup aman.

Orang ramai bertanyakan tentang harga barang naik, kaitan subsidi dan IPP. Tetapi yang menariknya mereka mahu jaminan bahawa kali ini calon-calon PKR tidak lompat dan berpuas hati apabila Ketua Cabang ada menerangkan beberapa kaedah yang telah teruji di Sarawak.

Ini adalah tempat ketiga dalam DUN Air Putih yang dikunjungi oleh PKR Cabang Kemaman; selepas Seberang Tayor dan Felda Neram.

Leave a comment

Filed under Aktiviti Cabang

Ceramah Kelompok Neram

Alhamdulillah sempat bersama-sama dengan lebih kurang 30 peneroka Felda Neram untuk ceramah kelompok. Majlis disertai oleh Ketua Cabang, Ketua Penerangan, Bendahari Cabang dan Hj Mansor Uddin, Pengarah DUN Air Putih. Sambutan yang baik dan orang ramai yang hadir turut dibekalkan dengan risalah penerangan kes DSAI dan Buku Jingga.

Insya Allah PKR Cabang Kemaman akan menganjurkan satu ceramah perdana di Felda Neram dalam masa terdekat untuk cuba mendekati anak-anak muda di Felda.

Leave a comment

Filed under Ceramah