Category Archives: Aktiviti Cabang

Sekitar MATC Kemaman

20110930-045111.jpg

20110930-045129.jpg

20110930-045208.jpg

20110930-045232.jpg

20110930-045249.jpg

20110930-045308.jpg

20110930-045334.jpg

20110930-045352.jpg

Mesyuarat Agong Tahunan Cabang dirasmikan oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Seri Setia dan Pengarah Komunikasi.

Beliau maklumkan perkembangan mutakhir politik tanah air dan persiapan parti menghadapi pilihanraya.

Selepas ini, Cabang Kemaman akan bawa YB Nik & Sdr Farid makan satar ikan di Kuala Kemaman.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Aktiviti Cabang

Mesyuarat Agong Tahunan Wanita, Angkatan Muda dan Cabang

Mesyuarat Agong Tahunan bagi Wanita, Angkatan Muda dan Cabang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: Jumaat, 30 September 2011

Masa: 3 petang

Tempat: Pejabat KEADILAN Kemaman, Jalan Jakar (depan Balai Bomba Kemaman)

Agenda:

– mengesahkan minit mesyuarat MATC 2010

– pembentangan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan

– pemilihan wakil ke Kongres Nasional di Johor Bharu

– persediaan pilihanraya

Mesyuarat akan diadakan di pejabat baru yang akan dibuka sebagai pusat utama KEADILAN Kemaman dan pusat khidmat bagi DUN Chukai dan Air Putih. Markas sedia ada di Kemasik akan berfungsi sebagai pusat khidmat DUN Kemasik dan DUN Kijal.

JK Cabang Kemaman menjemput semua anggota untuk hadir, notis telah dihantar.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Setiausaha Cabang, Saudara Wan Anies Wan Adnan.

Leave a comment

Filed under Aktiviti Cabang

Mesyuarat Agong Tahunan Wanita, Angkatan Muda & Cabang

Mesyuarat Agong Tahunan bagi Wanita, Angkatan Muda dan Cabang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: Jumaat, 30 September 2011

Masa: 3 petang

Tempat: Pejabat KEADILAN Kemaman, Jalan Jakar (depan Balai Bomba Kemaman)

Agenda:

– mengesahkan minit mesyuarat MATC 2010

– pembentangan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan

– pemilihan wakil ke Kongres Nasional di Johor Bharu

– persediaan pilihanraya

Mesyuarat akan diadakan di pejabat baru yang akan dibuka sebagai pusat utama KEADILAN Kemaman dan pusat khidmat bagi DUN Chukai dan Air Putih. Markas sedia ada di Kemasik akan berfungsi sebagai pusat khidmat DUN Kemasik dan DUN Kijal.

JK Cabang Kemaman menjemput semua anggota untuk hadir, notis telah dihantar.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Setiausaha Cabang, Saudara Wan Anies Wan Adnan.

Leave a comment

Filed under Aktiviti Cabang

Pejabat Baru KEADILAN Kemaman

20110925-104757.jpg

20110925-104724.jpg

20110925-104653.jpg

KEADILAN Kemaman akan membuka sebuah lagi pejabat di tengah-tengah bandar Chukai, sebagai pusat khidmat bagi DUN Air Putih dan DUN Chukai.

Sebelum ini, KEADILAN Kemaman telah melancarkan Markas KEADILAN Kemasik sebagai pusat aktiviti parti bagi DUN Kemasik dan DUN Kijal. Parlimen Kemaman mempunyai 4 DUN yang meliputi kawasan yang luas.

Markas KEADILAN Kemasik turut mempunyai pentas ceramah yanh besar dan kawasan ceramah.

Kerja-kerja ubahsuai pejabat sedang berjalan dan dijangkakan siap minggu ini melibatkan kos RM10,000. Selain ruang pejabat, satu dewan yang memuatkan 150 orang juga akan dijadikan pusat untuk menjalankan latihan dan taklimat.

Pihak Cabang juga akan memastikan papan tanda yang besar dan menarik agar orang ramai yang memasuki bandar Chukai dari arah selatan ataupun menuju ke arah Kuantan dapat melihat pejabat baru parti.

Selain aktiviti parti, cabang juga berhasrat untuk menawarkan khidmat percuma kepada pendudul setempat termasuk menyediakan perkhidmatan wifi percuma dan kelas tambahan percuma dari pejabat tersebut di masa-masa akan datang.

Leave a comment

Filed under Aktiviti Cabang

ISA, Darurat Dll

Saya dikhabarkan Perdana Menteri akan memansuhkan ISA 2 hari sebelum pengumuman dibuat. Khabarnya ia untuk menghentikan ruduman populariti beliau yang sangat terkesan selepas kekasaran penguasa terhadap demonstran Bersih.

Ramai yang bertanya bagaimana reaksi kita di sebelah Pakatan Rakyat?

Saya tidak mahu melihatnya dari kaca mata politik partisan semata-mata.

Secara peribadi saya berasa gembira dan terharu, bukan kerana visi Dato Seri Najib (saya yakin beliau bukanlah berjiwa reformasi kalau tidak ini sudah lama dibuat) tetapi bukan selalu sebuah perjuangan yang memakan masa berdekad membuahkan hasilnya.

Saya gembira dan terharu mengenangkan ribuan tahanan ISA yang tidak bernama dan menderita selama ini, akhirnya pengorbanan mereka menyelamatkan anak Malaysia di masa hadapan dari dilayan secara zalim sedemikian.

Saya berasa terharu dan gembira kerana kecekalan aktivis anti-ISA selama ini yang tidak kenal jerih akhirnya membuahkan hasil.

Dato’ Seri Najib tidak akan mengambil langkah itu kalau tidak kerana perjuangan menghapuskan ISA diperdanakan oleh pejuang dan aktivis selama ini. Kalau sebahagian rakyat Malaysia tidak membenci ISA kerana pendidikan politik sekian lama, Dato Seri Najib akan terus membela ISA.

Sekarang ini, beliau memerlukan bantuan rakyat untuk melindungi beliau dari sabotaj dan tekanan dalaman Umno yang tidak mungkin senang dengan tindakan memansuhkan ISA.

Oleh itu, kita perlu terus berwaspada dan pastikan pemansuhan ini benar-benar berlaku dan bukanlah janji untuk mengelak dari asakan politik semata-mata. Proses memansuhkan ISA ini memakan masa yang lama, malah undang-undang gantiannya (saya cukup tidak bersetuju perlu ada undang-undang yang menggantikan ISA) hanya akan dibentangkan tahun depan, besar kemungkinan selepas PRU13.

Kalau BN masih memerintah ketika itu, saya khuatir komitmen untuk memansuhkan ISA akan hanya menjadi buih-buih di tepi bibir Dato Seri Najih sahaja melihatkan mudahnya beliau tunduk kepada tekanan dalaman parti beliau. Ini bukan kali pertama beliau mundar mandir membuat keputusan, bukti paling nyata adalah kelekek (bahasa slanga Terengganu yang bermaksud suka berdolak dalih) beliau mengenai penggunaan stadium bagi tujuan rapat umum Bersih Julai lalu.

Makanya, sementara kita wajar bersyukur dan meraikan kemenangan rakyat ini, jangan pula kita lupa bahawa ia hanyalah satu kemaraan simbolik dalam perjuangan yang panjang, bukanlah kemenangan mutlak.

Untuk menjamin ISA benar-benar dihapuskan, BN mesti ditunjukkan jalan keluar dari Putrajaya dalam PRU13 nanti.

Selamat meneruskan perjuangan!

Rafizi Ramli

Leave a comment

Filed under Aktiviti Cabang

Sekitar Jejak Fakir Ramadhan

20110926-120114.jpg

20110926-120133.jpg

20110926-120218.jpg

20110926-120244.jpg

20110926-120316.jpg

20110926-120334.jpg

20110926-120354.jpg

Leave a comment

Filed under Aktiviti Cabang

Majlis Berbuka Puasa Cabang di FELDA Seberang Tayor

20110926-120629.jpg

20110926-120654.jpg

20110926-120728.jpg

20110926-120803.jpg

Leave a comment

Filed under Aktiviti Cabang