Category Archives: Ceramah

Taklimat Kepada Jentera PAS Chukai: “Anwar Ibrahim Ke Penjara Atau Putrajaya?”

Ketua Cabang Kemaman sempat memberi taklimat mengenai strategi pilihanraya Pakatan Rakyat dan perkembangan terkini Dato’ Seri Anwar Ibrahim kepada kira-kira 200 orang jentera pilihanraya DUN Chukai pada 23 Jun 2011.

 

 

Leave a comment

Filed under Ceramah

Ceramah Perdana: Penjelasan Fitnah Video oleh Dato’ Johari Abdul

Leave a comment

Filed under Ceramah

Ceramah Kelompok Neram

Alhamdulillah sempat bersama-sama dengan lebih kurang 30 peneroka Felda Neram untuk ceramah kelompok. Majlis disertai oleh Ketua Cabang, Ketua Penerangan, Bendahari Cabang dan Hj Mansor Uddin, Pengarah DUN Air Putih. Sambutan yang baik dan orang ramai yang hadir turut dibekalkan dengan risalah penerangan kes DSAI dan Buku Jingga.

Insya Allah PKR Cabang Kemaman akan menganjurkan satu ceramah perdana di Felda Neram dalam masa terdekat untuk cuba mendekati anak-anak muda di Felda.

Leave a comment

Filed under Ceramah

Ceramah Kelompok

Cabang Kemaman mengambil pendekatan mengimbangi di antara ceramah umum dan ceramah kelompok, terutamanya di kawasan-kawasan yang sukar ditembusi. Situasi di Terengganu agak unik kerana BN menggunakan sumbangan wang ehsan sebagai senjata untuk menakut-nakutkan rakyat – mereka yang dipantau hadir ke program-program Pakatan Rakyat akan dihukum dan tidak diberikan wang ehsan berjumlah RM300 setahun.

Oleh itu, tumpuan perlu juga diberikan kepada kempen yang lebih senyap masuk ke kampung dan kedai kopi untuk berjumpa dengan orang ramai.

Setakat ini, alhamdulillah ceramah kelompok telah berjaya diadakan di kawasan-kawasan berikut:

Kijal

Kemasek

Chukai

Padang Kubu

Mulai April, tumpuan juga akan diberikan untuk memasuki kawasan-kawasan di dalam DUN Air Putih.

Leave a comment

Filed under Ceramah

Temurapat DSAI Dengan Pimpinan Terengganu dan Program Hi Tea @ 15 Januari

 

JADUAL DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM DI KEMAMAN,

15 JANUARI 2011

10 pagi – 1130 pagi : Mesyuarat MPN dipengerusikan Pengerusi MPN yang baru, YB Azan Ismail

1200 tengahari : Ketibaan DSAI, dibawa ke pelancaran Jom Tawan Terengganu anjuran PAS Terengganu

2 petang – 4 petang : Temurapat tertutup dengan pimpinan dan aktivis Keadilan Terengganu di Restoran Bangkok Kitchen

5 petang – 7 malam : Program Minum Petang bersama DSAI di Restoran Bangkok Kitchen, masuk adalah percuma

9 malam : Ceramah Perdana

Leave a comment

Filed under Ceramah